Nuffnang

Rafidah - Jangan Beri Undi Simpati Pada Kamilia!!

Anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan pengundi terutama wanita supaya tidak memberikan undi simpati khususnya kepada calon bebas yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata tindakan itu akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi dan seterusnya menjejaskan agenda yang dirancang kerajaan untuk negara dan rakyat.

"Mungkin calon bebas ini tidak boleh menang tetapi undi simpati itu walaupun sedikit akan sebabkan BN kehilangan undi dan ini merosakkan parti," katanya selepas menghadiri majlis Kasih Yayasan Wanita Malaysia Melaka di Melaka.

Sebagai contoh di Parlimen Kuala Kangsar katanya pengundi wanita tidak seharusnya memberikan undi simpati kepada bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang dipecat parti kerana bertanding sebagai calon bebas.

"Tindakan beliau (Kamilia) itu merupakan satu pengkhianatan kepada parti semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi," katanya.

Justeru katanya pengundi perlu jelas dan rasional dengan membuat pilihan yang tepat tanpa dipengaruhi emosi.

- Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top